Bagaimana anda boleh menjana USD sebagai duit sampingan dari internet (Bahagian 1)

(I will be writing this in Bahasa Malaysia for this round)

Dalam siri ini saya harap saya dapat lah sedikit sebanyak membantu sesiapa yang mempunyai keinginan untuk menambah duit poket dan pada masa yang sama ingin menyumbang ilmu pengetahuan. Internet seperti yang kita sudah sedia maklum, telah memudahkan banyak perkara lebih lagi dari segi maklumat. Dengan adanya jaringan internet, hubungan antara dua manusia atau pun benua dapat dilaksnakan tanpa mengira masa dan kedudukan Geografi. Sebelum itu marilah kita ‘reverse’ sedikit dan selami apakah itu internet dan bagaimana ia bermula.

Internet merupakan satu program yang dimulakan oleh tentera Amerika (or something like that) sebagai salah satu cara berhubung sesama mereka. Ianya telah berkembang daripada kaedah yang ringkas iatu berhubung dengan satu atau dua komputer pada satu masa hinggalah sekarang kepada beribu-ribu pengguna. Untuk keterangan lanjut, bacalah sepuas-puasnya WIKIPIDEA PUNYA CERITA. (Dalam Bahasa Inggeris)

Seperti juga industri revolusi kereta, banyak manafaat telah berkembang sejajar dengan perkembangan kemajuan kereta seperti industri tayar khasnya , bekalan mentah dan pelbagai lagi . Sama juga dengan perkembangan internet. Banyak badan-badan atau individu yang telah memulakan berbagai idea dan aplikasi untuk internet. Ramai yang kecundang juga di mana mereka ini digelar ‘Dot Com flops’ dan sebagainya di mana mereka memulakan sesuatu projek yang nampak sungguh menarik dan berpotensi untuk hanya melihat ianya ‘bungkus’ dan ada yang hingga muflis dan terpaksa menyingirkan beribu pekerja. Ada yang hingga memiliki beribu stok syarikat tetapi selepas itu langsung tidak berguna. Contohnya Boo.com (1998-2000) dan Go.com (1998-2001).

Di sebaliknya pula, ramai yang dapat melaksanakan impian mereka untuk menjadikan projek mereka berjaya. Terlalu berjaya hingga syarikat yang mereka tubuhkan menjadi aset bernilai berbilion USD. Contoh yang kita sudah sedia maklum ialah gergasi komputer Microsoft. Pengasas nya ucle Bill Gates atau nama penuhnya William Henry Gates III menurut Forbes.com adalah bernilai : $53.0 billion USD. Pengasas Google iaitu sebuah program yang asasnya alternatif kepada cara untuk mencari maklumat di internet atau dipanggil ‘Search Engine’ Sergey Brin dan Larry Page masing-masing mempunyai aset $14.1 billion dan $14.0 billion dan saya ulang… USD.

Sergey and Larry
Sergey dan Larry, pengasas GOOGLE

Jadi apa maksud semua ini? Adakah kita semua mempunyai peluang yang sama seperti mereka? Apa tidak? Tetapi mungkin kita kena realistik sedikit. Masa dan keadaan mungkin tidak mengizinkan walau macam mana kuat azam kita. Bunyi macam kurang positif tetapi apa kata kita mula selangkah demi selangkah? Bayangkan, kalau kamu boleh menjana kata lah $100 (USD) cincai-cincai dalam sebulan. Munkin ramai yang akan berkata “Ah? Mana cukup” Tetapi saya percaya ada antara kita yang akan diberi peluang untuk menambah koleksi buku, beli susu budak, hadiah untuk orang tua, simpanan tambahan untuk masa depan anak, sendiri atau beli gitar? Ingat, $100 USD bersamaan Rm324 berdasarkan nilai tukaran yang saya baru periksa iaitu 1USD=Rm3.24685.

Tumpukan perhatian sebab saya akan memberitahu caranya. Saya bukanlah kaya sekarang tetapi sekurangnya Krismas tahu lepas saya mampu juga budget sehingga Rm3000 untuk hadiah krismas dan sebelum tu juga saya dapat membeli amplifier gitar impian saya, Roland CUBE 60 secara tunai!

Next post, saya akan membincangkan di mana kamu hendak bermula, seperti apa yang telah saya lakukan.

Gambar dari Yashlabs.com

Enjoyed this post? Subscribe to my RSS feed!

2 Responses so far »

  1. 1

    superzam said,

    February 12, 2008 @ 12:21 pm

    susah jugak ni mo jd kaya.. panjang cerita loo..
    abang guna PIN POINT jak boleh kah.. heheh
    TQ abang..

  2. 2

    Kay Kastum said,

    February 18, 2008 @ 4:38 pm

    Superzam- Well there’s no shortcuts in life man. You need to be patient, hardworking and focused.

Comment?

:mrgreen: :neutral: :twisted: :arrow: :shock: :smile: :???: :cool: :evil: :grin: :idea: :oops: :razz: :roll: :wink: :cry: :eek: :lol: :mad: :sad: :!: :?:

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image